Anda mungkin sukakannya

Heartbeat!

Klik untuk tempahan

Mothers Day 2

Wednesday, 2 October 2013

Hakikat perjuangan

           Lebih kurang dalam pukul 445petang ,terdengar suara bergema melantun keluar  entah dari pembesar suara mana pun aku tak pasti.Aku cuma pasti suara garau tu pasti dapat didengari semua penghuni kolej ni termasuk pakcik jaga yang sedang tidur."Semua para pelajar yang baru mendaftarkan diri pada hari ini,sila berkumpul di kolej Arif A pada jam 5.30 petang.Sila berpakaian sukan"."Baru nak letak kepala sat,ada plak program depa nak buat,takleh tunggu esok ja ka.Lusa ka."Aku sengaja mengatakan pada Yeop yang aku hendak tidur sekejap,padahal aku pasti Yeop amat maklum yang aku sebenarnya nak mengira keluasan blok angsana tu.Dalam kurungan,nak cuci mata,ahahaha."Solat dulu wei,Am."
          Suara garau itu menjengah  lagi selepas 20 minit.Melalui bunyi derapan tapak kasut dengan ritma bekecamuk  berterusan di lantai luar koridor,aku dapat mengagak semua pelajar-pelajar berlari turun ke tempat yang dinyatakan tadi.Bunyi  lantai dan  tapak kasut bersatu  bertambah bingit tatkala ada suara yang mula mengira 'countdown time'.Aku dan Yeop turut serta dalam larian amal tidak rasmi tu turun ke bawah.Dalam hati aku berkira-kira sediri,alangkah baiknya semua blok kat sini ada eskulator,takperlu la aku dengan bebudak lain susah- susah berlari,biar ja kami bersantai  sambil turun.Tatkala tiba kat lokasi yang diminta,suara orang asing ataupun mungkin sejenis  makhluk yang kurang aneh itu terdengar lagi ,terjerit-jerit memanggil sesiapa saja yang terasa dan merasa dirinya baru menjuniorkan diri kat Kolej Medik ni.Walaupun dalam intonasi  menjerit,suaranya  tidaklah segarau sewaktu  bercakap melalui inhaler tadi.

Ramai yang telah beratur dalam beberapa barisan ala-ala raptai untuk sambutan hari kebangsaan.Aku  mula melajukan langkah  apabila salah seorang daripada  makhluk yang tidak berada dalam barisan tersebut  mula bertempik”takde sape  yang suruh korang semua datang sini,korang yang mintak sendiri,,so korang kena ikut peraturan kat sini...undang-undang kat sini!Kalau korang semua rasa naak balik,tak sanggup nak hadapi semua ni,nak balik semula ke bawah ketiak mak,aku bagi peluang harini sahaja untuk korang tarik diri!” Suaranya agak keras mungkin   baru  lepas minum kopi keras agaknya sebelum datang menyibuk ke acara rasmi seperti ini.”Aku sebagai  ketua biro,merangkap super duper senior  korang akan mengorientasi  korang selama sepuluh hari bermula hari ini.Korang ingat program orientasi ni program mari berhibur sambil berkaraoke ke?atau korang ingat  sini tempat lepak,,makan minum ditanggung,cuci mata kat belakang sana?”
Huh!!terasa betul bila dia sebut cuci mata.Ada CCTV ka dok perhatikan kami yang diorang pasang kat dalam bilik.Balik bilik nanti aku nak ajak  cik Yeop check.

Orientasi?pekebendenyyyyer.Berekreasi sambil pakai jam Orient  ka.Macam mana junior-junior baru termasuk  aku  yang hanya mampu pakai jam Casio ja.Super  Senior kat depan kami  mula memperkenalkan diri  berkaitan dengan jawatan dan tugasan masing-masing.Satu persatu  mengisi  jawatan  Biro Pendidikan,Kebajikan,Agama dan juga jawatan  yang takde dalam senarai iklan jawatan kosong tahun 1999.”Aku Ricky,ketua biro sukan yang akan mengawasi korang semua.Untuk hari pertama pada petang ni,aktiviti kita adalah berjoging .”Amboih nama dia,,macam omputih,,sah sah nickname dalam IRC...hahah muka melayu pure.”Aku nak sapa-sapa yang pernah mengalami kepatahan,ada masalah asma,atau jantung,,sila keluar datang depan sini.”Yang kami  semua patah hati  kena beratur beramai-ramai ni taknak jemput keluar depan ke,,belanja makan sate kajang ka.
Huh,kejam betui.Korang akan ikut aku ,ajk biro sukan akan mengiring korang naik ke atas,tempat untuk berjoging.Alamak,ni kes mendera ke apa ni,ni atas arahan dari atasan ka diorang ikut silibus sdn.bhd diorang ni.Masa buat pendaftaran tadi takdak plak ”summary” yuran tahunan berkaitan dangan orientasi panjat bukit.
         Aku pasti bebudak len pun mempunyai interpretasi yang negatif terhadap fenomena yang terjadi petang ni.”Korang nampak tak belakang sana ada trek untuk laluan berjoging naik ke atas”.Jari telunjuk Ricky mengisyaratkan ke arah timur laut(ceewah..macam bahasa geografi la plak)Berapa jauh wei,,,ada orang jual karipap yang tiga singgit tak,itu soalan yang aku tujukan kat Yeop."Bukan takat karipap,nasik lemak,tosey,popia pun tentu takdak jual kat ataih.Aku mengangguk beberapa kali kerana amat bersetuju sepenuh jiwa raga dengan jawapan Yeop."Korang tau ke tak tau,aku tak dengar pun jawapan korang",Ricky menjerit lagi.
Yala.mana kami tau..ic kami pun bukan ic kod  kat sini.Lagipun kalau kami dah tau,tak perlulah kami susah- susah nak fokuskan mata nak tengok jari telunjuk yang dihalakan tadi tu.Semua tu dijawab dalam hati dengan penuh keyakinan.Kalau aku jawab lisan soalan tu,,mau aku kena pumping dengan siku kat tar tu  18 juta kali.Huh..ampunnnn.
Petang tu kami dilenjan secukupnya.Dah macam kem tentera aku rasa walaupun aku tak pernah lagi jejak ke kem tu.Huh,,,ni la dikatakan kerahan tenaga,semua peluh di badan diperah-perah keluar.bau jangan cakaplah...kalah mr Bean masa sesat kat Perancis dulu tu.Bukit  Gun atau dalam bahasa melayu Bukit Senapang menerima kami dengan rela tanpa ada larangan.Cuma kami yang merasai satu paksaan dari makhluk asing tu(dah memang terasing la,diorang naik motor,kami berlari).Dari belakang Ricky dan ajk yang  lain bermotosikal menuruti kami semua.Permulaan berlari naik agak memberangsangkan dan amatlah sesuai kiranya pembuat iklan Handret plas turut serta.Sepuluh minit berlalu ,larian makin perlahan disusuli bunyi derapan tapak kasut yang makin perlahan.Bingit enjin motosikal senior menderam dan menjerit menaiki trek tinggi tu mencetuskan ketawa kecil dia antara kami.HAHHA...dia naik moto Kriss buat macam naik Karisma..tak reti tukaq gear ah tu.Kunjungi  jer  bengkel berhampiran untuk menukar  gear dan aci engkol.Aku rasa la yeop..aahaha.Tiba di atas dah ada beberapa orang yang sedang menunggu kami.Rupanya ada senior yang lebih awal tiba.Dalam berapa kaki(anggaran jarak..bukan bilangan kaki kami semua)sebelum tiba betul di kemuncak,semua jadi gempar.Dari suara yang datang dari arah belakang,ternyata ada seorang budak yang tergelincir.Dalam kegemparan itu juga,terdengar hiruk pikuk  biro-biro tu bercakap."Budak ni haus kut"Aku pun tak pasti yang budak tu tergelincir disebabkan dirinya sendiri yang haus ataupun tapak kasutnya yang haus.Aku kurang mengerti.Dan kalaulah aku mahu mengerti sepenuhnya,perlu aku memohon jawatan Ketua kepada Ketua Biro dan berpeluang mendekati budak tu.Kalau tak dapat jadi ketua biro,dipelawa masuk jadi pemerhati kat Biro Tatanegara jadilah..ahaks!




-Tamat episod 2-

No comments:

Post a Comment