Anda mungkin sukakannya

Heartbeat!

Klik untuk tempahan

Mothers Day 2

Friday, 4 October 2013

Malam bulan dipagar bahulu

Selepas berakhir tazkirah maghrib,sementara menunggu masuknya waktu Isya’,ramai yang ambil kesempatan melelapkan mata seketika.Tiang seri surau menjadi rebutan teruna pujaan.Dinding-dinding menjadi idaman  jejaka perasan.Malah  ada yang tiada segan silu mengalas kepala dengan sejadah,yang telah digulung cantik ala-ala ketayap inti kelapa tu.Huh..sayu betul  malam tu.Muka-muka keletihan semua digambarkan dengan terang dan jelas,seolah-seolah kami semua  mengalami kegagalan  setelah perpiket untuk menuntut kenaikan gaji selama  18 hari 18 malam.Mungkin lepas isya’ nanti,semua program akan berakhir dan disambung semula esok hari,aku mencongak sendirian tanpa menggunakan kalkulator .Rindu kat selimut dengan bantal  wehhh!
Ricky  datang lagi sebaik sahaja selesai mengaminkan doa isya’.“Sila tukar pakaian sukan,dan turun semula ke  dataran  perhimpunan  dalam masa 5 minit dari sekarang!!”uiksss ada lagi mamat Ricky ni...dari celah mana dia datang.Dari ruang mana dia menyorok tadi,pakai magic ka.Huh cakap ja dalam masa 5 minit,,siang tadi ayat 5 minit tu yang aku dengar,padahal  tak sampai 3 minit pun diorang ni semua dah meroyan.Huhh janji cipan betul.Aku dengan kawan-kawan yang lain mula mengatur  langkah gerak  khas menuju ke bilik.Aku tengok si Yeop  terbongkok-bongkok  mencari seliparnya yang mungkin telah disepak masuk ke longkang.Nampak juga  ada daripada kalangan kami yang berlari sambil menyepak-menyepak kaki  kerana langkah kami semua berterabur apabila terbayang muka Ricky itu.”Huh,..bala..bala”Yeop mengeluh.Di bilik, kami dengan sepantas kura-kura mula menyalin pakaian untuk aktiviti pada malam itu.
Semuanya berlaku dengan pantas.Saat,minit dan jam terlalu mahal untuk dibazirkan.Tiada masa untuk bersosial,berborak,main kutu, bahkan mandi sekalipun.Seksaan berkawad di malam hari  hampir setengah jam berlalu.Di sini  ,cahaya lampu  bilik  adalah menjadi pantang larang segala mak nenek bagi selepas pukul 12 malam.Mencuri kesempatan di dalam gelap,aku dan yeop  mula ke bilik mandi dan mula mengisi  air ke dalam baldi,dan kemudian diangkut dengan tidak menggunakan kren terus ke bilik.Strategi kami mudah,jimat dan yang penting  tiada pembaziran-------gunakan air untuk mandikan kepala,bila bangun  pukul 430 nanti untuk program qiamullail.Masa yang begitu panjang memang dipotong oleh ajk orientasi seminima yang mungkin sehingga aktiviti  berangan dalam jamban pun diambil kira.
Takdak papa ka ka nak mengudap ni..lapar tahap cipan dah;
“Nah Am,bahulu,mak aku buat ni.Time-time gini ada jugak benda bleh kita telan.Kalau nak piza esok kita g kedai beskal,,tanya ada jual piza tak.”Bahulu oh bahulu,kaulah kesayangan ku.Akan ku kenang sampai bila-bila.
Dalam kegelapan,juadah yang Yeop bawa menjadi santapan yang berharga.Kalau hanya Johari mengenal Maniam,aku malam itu  aku rasa hanya aku yang  mengenal bahulu cik Yeop itu.Sambil berbual ,kami mula mencari sasaran melalui tingkap yang separuh terbuka.Suara bebudak perempuan dari blok angsana masih sayup kedengaran.HUH!tak tidur lagi puak ni.Korang best la tak kena kuarantin..nak pasang lampu 48 jam pun takdak hal.Korang tunggu la bila kami dah besar nanti,kami nak jer pegi cabut fius lampu,biar sama-sama merasa takdak karan.KAHKAHKAH.
Lagi sembilan hari,seksa tulang belulang baru ja bermula.Aku mula teringat dialog Ajis dalam cerita Seniman Bujang Lapok sewaktu di bilik sewa mereka”kalau kita tak pindah dari sini,beginilah nasib kita sampai bila-bila.”
“Yeop,dah habis orientasi kita  pegi cari game 2 kupang.”
Yeop
Oo Yeop
Entah pukul berapa aku terlena setelah penat bercakap secara solo lebih dari 90 saat.

Rupanya Yeop lebih awal belayar dengan titanic maya ciptaannya.

5 comments:

  1. punyer la lama hari orientasi..kami 3 hari ja masa kat u

    ReplyDelete
  2. trade mark episod ni bahulu yeop..hihihiii

    ReplyDelete
  3. kami memang 10 hari..penat ..penat..kena amanah simpan 2 helai daun berlainan jenis,,sampai hari last depa nak check..kejam2.Cite bahulu kat Yeop mesti dia tergelak

    ReplyDelete
  4. kami memang 10 hari..penat ..penat..kena amanah simpan 2 helai daun berlainan jenis,,sampai hari last depa nak check..kejam2.Cite bahulu kat Yeop mesti dia tergelak

    ReplyDelete
  5. setakat kena simpan daun 2 helai yg berlainan tak dak hal laa.kami dulu kena simpan telur ayam.klau pecah abis la kena denda..dah la telur tu bercop lambang universiti.ingatkan kalau x dak cop boleh ler ganti baru beli kat kedai kalau pecah..tp cop mana nak dpt..redha jelah kna denda..

    ReplyDelete