Anda mungkin sukakannya

Heartbeat!

Klik untuk tempahan

Mothers Day 2

Monday, 26 November 2012

Permulaan detik

JUDUL:SEPERTI  YANG TERTULIS DENGAN FONT MERAH
EPISOD:EPISOD 1 SIRI 1
DURASI:MENGIKUT TAHAP KELAJUAN  ANDA,AHAHAHAA 
______________________________________________________________

Langkah bersemangat bak panglima perang nak menguji pedang thundercats baru menuju ke kolej Bistari.(Dah kat kad pendaftaran ni dia tulis B39 KOLEJ KEDIAMAN BISTARI).Ramai bebudak len sepanjang jalan aku tengok begitu bersemangat macam nak pegi konvo plak.Ada mak bapak yang still tunggu anak nak yang sesetengah nampak muka ada gaya nak pegi Mogadishu.Dalam masa ni terfikir jugak,takdak ke muka-muka familiar yang aku kenal,bleh gak buat sesi suai tak kenal sementara nak membiasakan diri di tempat baru ni.Inikah dikatakan cabaran bagi mereka yang mukanya nipis dan kurang tebal seperti aku ni.Tiba kat blok Bistari ,nampak sorang makcik tengah mengikat plastik sampah sambil terbongkok-bongkok.Yang pasti makcik ni bukanlah pengajar kat sini,kalau pengajar mesti dia tengah mengajar,ahahha.  

Assalamualaikum.Waalaikummussalam.Errrr.makcik..ni blok bistari ka.Tu kek sano ada laie satu blok.Bistari jugak.Isy mana satu yang saya nak tuju ni.Tengok ekau punyo kek kunci tu la ..A ke B.HAh..B..rasa dah tgk kat kad tadi..lupa plak.Erm..timakasih naa makcik.Aku teruskan langkah menjejak awan.Kena naik tangga plak tu.Masa tengah menapak satu-persatu anak tangga,sempat lagi telinga aku menangkap bunyi hilaian ketawa yang agak menggila.Yang pasti aku masuk kolej medic..bukan kolej langsuir.Mata mula melilau mencari bilik B39.Aku sorang la kut orang pertama masuk bilik ni dulu.Senyap sunyi ja.Time kat bawah tadi punyala meriah macam tapak funfair. 

 
Tepat kat depan pintu bilik,sengaja aku terus menguak pintu ke dalam.Sepasang mata milik makhluk bernama manusia hinggap tepat kat mata aku.Pemilik mata itu tersengih,sama seperti aku.Huh,teruk betul aku,,dah masuk baru bagi salam..tapi aku tak ada la gaya cam tetamu pun pasal ni bukan bilik individu pun."Awal sampai ek,family semua dah balik kut?"
Ha,depa semua balik dah pun,tinggai aku la dok nanti kat sini,nak tgk sapa nak jadi roommate aku.Ha,aku Yeop.Oo perak la naa.Yeop sekadar tersengih.Ang call aku cik Am,jiran negeri ang ni.Orang kedah.Ha.Chantekkkkk..satu geng walau bukan satu kapai.Yeop mengangguk lagi.


"Wei,time register tadi,aku tengok semua muka-muka jantan ja,tapi dok dengaq sat2 ada sora langsuir mengilai.Yeop menghala ke tingkap sambai melambai tangan padaku.Dari isyarat itu aku dapat mengagak yang ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama-sama.Dalam fikiran,mustahillah yeop nak tunjukkan pagar untuk kami fly sekiranya berlaku apa2 'kecemasan dalam perut'time tengah lewat-lewat malam.Aku menghampiri yeop,tanpa diminta oleh yeop,aku cepat-cepat mengenyitkan mata kananku ke arahnya.Kami tersengih bersama.Aku menolak keluar tingkap bagi mendapatkan pandangan yang lebih jelas.Whoah..Kolej Kediaman Puteri.Blog Angsana F.Dekat betul dengan blok kami..kalau mata rasa berabuk dan tak sempat nak kuar g beli optrex tu,melalui ruang tingkap ni la sesuai untuk kami dan puak-puak lain di blok ni nak cuci mata.Projek yang baik bermula pada hari yang baik.Dengan tidak semena-mena aku dan cik Yeop terjerumus kancah kegembiraan pada petang itu.


 -Tamat episod 1-








 










6 comments:

  1. bila nak smbung lg ni..agak menarik..illustrasi pun menarik..mmg tak tak nafikan le,abg am mmg brbakat segalanya orang nyer..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. byk lg ni agenda n coretan..go on ..go on..

      Delete
  3. hehe tengs cute so much ..cerita mmg byk

    ReplyDelete